Pemimpin Indonesia Bakal Bawa Delegasi Besar ke CAEXPO

2019-07-12 15:08:52  CRI
Share with:

Pemimpin Indonesia akan mengetuai satu delegasi besar ke Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 yang dijadualkan pada 20 hingga 23 September di Nanning, wilayah Guangxi.

Perkara ini dimaklumkan semasa taklimat media khas di Jakarta semalam. 

Pengarah kerjasama pembangunan eksport Kementerian Perdagangan, Marolop Nainggolan berkata adalah amat signifikan bagi Indonesia, entiti ekonomi terbesar di ASEAN dan anggota penting Kumpulan 20 (G20), terpilih sebagai negara tetamu khas CAEXPO untuk kali kedua. 

Kira-kira seribu usahawan Indonesia akan menyertai ekspo kali ini, untuk mempamerkan kraftangan, perabot kayu, makanan, tekstil dan produk-produk istimewa tempatan, serta maklumat dan perkhidmatan berkaitan industri galian dan pelaburan.

Naib Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Yang Yanyan berkata, ekspo itu memainkan peranan penting bagi pertukaran dan kerjasama antara China dan Indonesia. Pada tahun lalu, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatat USD77.4 bilion (RM338.6 bilion), menjadikan China rakan dagang dan destinasi eksport paling besar bagi Indonesia.

徐国玮