Lagi Gempa di Maluku

2019-07-15 11:18:16  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda selatan pulau Halmahera, Maluku Utara  pada pukul 4.10 petang semalam waktu tempatan. 

Pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan amaran tsunami. 

Dalam masa hampir tiga jam, sebanyak enam gegaran susulan bermagnitud lima ke atas dikesan sekitar pusat gempa. 

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan.
 

张哲