Singapura akan menubuhkan pejabat penyelidikan sains meteorologi tahun depan dengan peruntukan sebanyak SGD10 juta (RM30.2 juta) untuk pengkajian paras laut.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Masagos Zulkifli berkata, pejabat di bawah Pusat Penyelidikan Iklim (CCRS)akan bekerjasama dengan badan lain untuk menyusun cetak biru yang berkaitan bagi meningkatkan kemampuan menghadapi perubahan iklim.
Penyelidikan akan menumpukan kenaikan paras laut, impak perubahan iklim terhadap sumber air serta kesan pemanasan iklim kepada kesihatan manusia.