Kastam Kemboja merampas 83 kontena berisi sampah di Pelabuhan Sihanoukville pada 16 Julai, antaranya 70 dari AS dan bakinya dari Kanada.
Pegawai Kemboja semalam menyatakan sisa plastik seberat 1,600 tan akan dihantar balik ke dua negara tersebut.
Pada mesyuarat kabinet minggu lalu, Perdana Menteri Hun Sen menyatakan Kemboja bukan tempat buang sampah bagi negara lain, dan tidak mengizinkan pengimportan sebarang sisa plastik dan yang boleh dikitar semula.
Kementerian Alam Sekitar Kemboja pula menegaskan mana-mana individu dan syarikat yang mengimport sisa plastik akan dikena tindakan undang-undang.
Negara-negara ASEAN dilaporkan mengimport 27% sisa plastik dan elektronik dunia pada tahun lepas, menjadi tempat buang utama bagi sisa dari Barat.
Impak terhadap persekitaran ekologi memaksa negara-negara ASEAN bertindak mengawal kemasukan sisa asing. Filipina telah melarang pengimportan sisa plastik, sementara Thailand akan berbuat sama menjelang 2021. Malaysia dan Vietnam pula tidak lagi memberi lesen import sisa plastik.