Simposium Pengajian China Ke-2 di Bangkok

2019-07-21 14:52:05  CRI
Share with:
Simposium Antarabangsa mengenai Pengajian China ke-2 diadakan di Bangkok kelmarin, dengan kehadiran hampir 50 pakar dan sarjana.

Para peserta telah membincangkan makna pengajaran bahasa Cina di seberang laut serta kaitannya dengan pewarisan budaya.

Turut menjadi fokus, mod pemupukan bakat "Bahasa Cina+" dengan latar belakang pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), integrasi pengajaran kesusasteraan dengan bahasa Cina, pengajian pembangunan sosiobudaya dan ekonomi komuniti Cina di seberang laut dan lain-lain.

Dekan Institut Konfusius Universiti Burapha Thailand, Wilai Limthawaranun menyatakan seiring dengan peningkatan kekuatan negara China, lebih ramai serjana di dunia menumpukan pengajian China, sementara pendidikan bahasa Cina makin dipentingkan.

Simposium tersebut membantu menggalakkan perkembangan pengajian China dan pendidikan bahasa Cina di seberang laut, di samping mempertingkat fungsi pendidikan berkenaan dalam berkhidmat untuk pembangunan sosial.

Acara dianjurkan Institut Konfusius Universiti Burapha Thailand bersama universiti dan institut Konfusius dari China, AS, Laos, Singapura da Brazil.
 
张弘