Kem Latihan Belia Lancang-Mekong di Qinghai

2019-07-22 14:40:30  CRI
Share with:

Kem Latihan Inovasi dan Keusahawanan Belia Antarabangsa Lancang-Mekong ke-3 dirasmikan di provinsi Qinghai, China semalam, dengan penglibatan 14 pasukan dari enam negara yang berkenaan.

Aktiviti selama lapan hari mengatur ceramah, malam budaya dan kuliah terbuka, selain perbincangan bebas, pameran dan seminar pakar antarabangsa. Belia juga berpeluang untuk menyertai pesta lumba kuda dan kembara menjejaki budaya di hulu sungai Lancang-Mekong, yang berlokasi di daerah autonomi Yushu yang berpenduduk etnik Tibet.

Setiausaha Parti Komunis China di Yushu, Wu Dejun berkata sungai yang berasal dari Yushu menyambungkan enam negara di lembangannya hingga membentuk komuniti berkongsi nasib yang sama rata dan saling bantu.

Wakil juri dari Universiti Yangon Myanmar, Seinn Lei Aye pula menyifatkan kem belia tersebut sebagai platform penting bagi pendidikan inovasi dan keusahawanan di seluruh subrantau. Katanya, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemajuan besar telah disaksikan dari segi pengurusan air, pembangunan terselaras, kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya.

高蕾