ASEAN, Rakan Dagang Kedua Terbesar bagi China

2019-07-24 14:51:51  CRI
Share with:

Data terkini import dan eksport meletakkan ASEAN sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi China pada enam bulan pertama tahun ini.

Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) turut memaklumkan, ASEAN kekal selaku rakan dagang ketiga terbesar selama lapan tahun sebelum ini. Kini, blok itu muncul di depan Amerika Syarikat (AS) dan hanya didahului Kesatuan Eropah (EU). China pula rakan dagang terbesar bagi ASEAN untuk 10 tahun berturut-turut.

Ketua Institut Parti Politik dan Diplomasi Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BISU), Shi Xiaohu menganggap ada tiga sebab yang memungkinkan keadaan tersebut. China dan ASEAN yang mewakili negara baru muncul, mengekalkan pembangunan ekonomi, menyokong perdagangan bebas dan memperluas kerjasama dengan luar. Ini menyediakan dasar kukuh bagi pertumbuhan perdagangan dua hala.

China dan ASEAN masing-masing mempunyai industri dalam rantai global yang dapat menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan kedua-dua pihak sekali gus memperluas bidang dan ruang kerjasama baharu.

Selain itu, sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia sejak krisis kewangan antarabangsa pada 2008, membuat negara-negara ASEAN menyedari China adalah rakan kerjasama yang boleh dipercayai.

曹捷