Terus Teroka Saluran untuk Saling Belajar

2019-07-25 13:52:21  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_7903bc47-693b-441a-90b2-ad144143e509


China bersedia bersama-sama Laos meneroka saluran dan kaedah untuk saling belajar, seiring pelaksanaan Pelan Tindakan bagi Pembangunan Komuniti Berkongsi Nasib demi manfaat seluruh rakyat.

Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong berkata pelan yang ditandatangani dua presiden pada 30 April, bukan sahaja membuka tirai kepada era baharu hubungan China-Laos, malah menjadi contoh dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Jiang berkata, atas undangan Kolej Diplomatik Kementerian Luar Laos, delegasi sarjana China diketuai Naib Presiden Eksekutif Institut Pengajian Antarabangsa China (CIIS), Ruan Zongze melawat Laos pada 22 hingga 25 Julai, sebagai tindakan pragmatik bagi melaksanakan pelan tersebut. 

Jiang juga memaklumkan, projek kereta api China-Laos dijangka siap menjelang hujung 2021, sekali gus menjadi landasan kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

张宪