Kerajaan Baharu Thailand Bentang Dasar Pentadbiran

2019-07-26 13:59:24  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengetuai anggota kabinet baharu membentangkan dasar pentadbiran dan menjawab soalan-soalan anggota Parlimen petang semalam.

Prayuth menyatakan, visi kerajaan adalah untuk membangunkan Thailand sebagai negara maju pada abad ke-21 ini. Untuk itu, sebanyak 12 dasar utama diperkenalkan. 

Ini termasuk mengekalkan keluarga diraja; keselamatan dan kestabilan negara; agama, seni dan budaya; serta status dan daya saing di arena antarabangsa. 

Dasar-dasar tersebut juga bagi memastikan hasil kemajuan ekonomi Thailand dapat dinikmati seluruh rantau; membaharui sistem pendidikan agar meningkatkan kualiti modal insan; mengembangkan sektor perubatan dan meningkatkan jaminan sosial; melindungi alam dan sumber asli demi pembangunan lestari; membaharui sistem pengurusan kerajaan; selain mencegah dan menghapuskan jenayah rasuah.

Prayuth berjanji kerajaannya akan membimbing negaranya ke arah kemakmuran berkekalan melalui pentadbiran yang ikhlas, bersih dan mengutamakan rakyat.

曹捷