China, Filipina Capai Konsensus Pelihara Kedamaian dan Kestabilan Laut

2019-07-27 15:15:59  CRI
Share with:

China dan Filipina mencapai konsensus penting untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan dalam rundingan diplomatik pusingan ke-22 yang diadakan di Manila baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam.

Hua Chunying berkata, China dan Filipina mengadakan rundingan tentang hubungan dua hala, kerjasama pelbagai bidang dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama, dan turut mencapai konsensus untuk memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan sidang kelima Mekanisme Rundingan Dua Hala (BCM) mengenai Laut China Selatan, bersama-sama memelihara situasi laut dan menggalakkan aktiviti penerokaan bersama di laut tersebut. Usaha juga akan diberi untuk menyemarakkan semangat kejiranan dan mengekalkan persahabatan, dan meningkatkan kerjasama dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI).

胡星