China Alu-alukan Projek ECRL Dihidupkan Semula

2019-07-27 13:51:08  CRI
Share with:

China mengalu-alukan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Malaysia dihidupkan semula, dan bersedia bersama-sama melaksanakan projek itu dengan baik supaya pembangunan sisioekonomi di kawasan terlibat digalakkan sekali gus membawa kesejahteraan kepada rakyat tempatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berujar demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, tetemu-tetamu termasuk Menteri Pengangkutan Malaysia dan Duta Besar China ke Malaysia telah menghadiri majlis bagi menghidupkan semula projek itu.

Hua berkata, perkara ini sekali lagi membuktikan bahawa masalah dan cabaran yang muncul sepanjang pelaksanaan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mahupun kerjasama yang lain, tidak mengerikan. Asal sahaja kedua-dua pihak mengambil sikap yang konstruktif dan berpandangan jauh, kesukaran berkenaan pasti akan diatasi dan kerjasama dapat diteruskan, dan akhirnya situasi yang saling untung dan menang-menang akan dicapai. 

曹捷