Kesalinghubungan Ekonomi Dapat Kurangkan Perselisihan Politik

2019-07-28 15:57:48  CRI
Share with:

Ahli ekonomi terkenal Thailand,yang juga Presiden Institut Pengurusan Panyapiwat, Sompop Manarungsan menyatakan baru-baru ini, iklim diplomatik yang baik merupakan asas pertumbuhan ekonomi, sedangkan komunikasi dan penyelarasan dalam bidang politik merupakan prasyarat bagi kerjasama antara negara. Jika kesalinghubungan ekonomi diwujud antara pelbagai negara, perselisihan politik pasti akan berkurangan.

Sompop berpendapat, peningkatan kesalinghubungan ekonomi di kawasan ASEAN, malah kawasan Asia-Pasifik, dan kerjasama dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur&Laluan(BRI) yang menuju ke arah kemakmuran bersama serantau, merupakan saluran penting untuk mengelakkan perselisihan politik antara negara.

Katanya, landasan kereta api China-Thailand yang sedang dibina dapat menyambungkan ibu kota dan bandar besar negara-negara sepanjang laluan tersebut, dan menggalakkan proses urbanisasi dan pertumbuhan ekonomi di negara-negara pedalaman ASEAN.

胡星