Pelancong China Diberi Peta Keselamatan di Manado

2019-07-29 13:06:44  CRI
Share with:

Lebih 150 pelancong China yang tiba di lapangan terbang Manado, Sulawesi Utara semalam, menerima peta keselamatan pelancongan secara percuma.

Peta diedarkan kedutaan China di Indonesia bersama-sama pegawai jabatan pelancongan tempatan dan lapangan terbang, selepas aktiviti untuk memperkenalkan maklumat mengenai perlindungan konsular di tempat-tempat peranginan pada pagi hari yang sama.

Peta tersebut dihasilkan oleh kedutaan China di Indonesia dalam bahasa Mandarin dan bahasa Indonesia, menawarkan maklumat-maklumat penting berkaitan geografi tempatan termasuk destinasi dan mercu tanda yang menjadi tarikan.

Peringatan juga diterakan pada sebelah belakang peta, yang meliputi keselamatan aktiviti laut, pengangkutan, penginapan, makanan, perubatan dan adat resam tempatan.

胡星