Seramai 14 orang terbunuh dan empat lagi hilang apabila sebuah lombong batu jed di utara Myanmar runtuh semalam.
Sumber kerajaan dan polis daerah memaklumkan, seorang anggota polis antara yang maut.
Punca keruntuhan sedang disiasat.
Insiden berlaku di Phakant, wilayah Kachin, yang terkenal dengan pengeluaran batu jed. Pada April lalu, sebuah empangan pecah di kawasan sama, meragut nyawa 55 pekerja lombong.
Kerajaan telah mengarahkan kerja-kerja menggali dihentikan di 17 lombong utama pada sepanjang musim hujan bermula Mei hingga Oktober. Namun, masih ramai penduduk tempatan yang mencari batu jed.