Gelanggang Stadium Negara Kemboja Dirasmikan

2019-07-30 15:57:18  CRI
Share with:

Stadium Negara Kemboja yang dibina dengan bantuan China ialah hasil perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara serta usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan.

Demikian ujar Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Phnom Penh semalam.

Pada hari yang sama, Hun Sen dan Duta Besar China, Wang Wentian bersama-sama merasmikan kawasan tempat duduk gelanggang stadium berkenaan, disaksikan lebih 700 tetamu dari kedua-dua negara. 

Hun Sen menyatakan rasa puas hati terhadap kemajuan stadium tersebut, yang telah pun siap separuh dan dipercayai siap sepenuhnya mengikut jadual. Katanya, stadium akan dibuka kepada awam supaya seluruh rakyat Kemboja tahu projek itu dibina dengan bantuan China.

Wang Wentian pula berkata, stadium berkenaan merupakan yang paling besar dan paling tinggi tarafnya yang dibina dengan bantuan kerajaan China di luar negara. Pembinaannya melibatkan banyak teknologi, bahan dan teknik baharu.

Stadium yang mencakupi kawasan 16 hektar dan boleh menampung 60,000 orang penonton itu akan siap menjelang hujung tahun 2020.

徐国玮