Operator telekom, MYTEL telah menjalankan ujian pemancaran isyarat 5G pertama di Myanmar pada 29 Julai.
Ujian itu dijalankan dengan menggunakan teknologi dan peralatan yang dibangunkan syarikat Huawei. Hasilnya, kelajuan muat turun didapati melebihi 1.6 Gbps sementara kelajuan muat naik melebihi 100 Mbps.
Dahulu, industri telekomunikasi Myanmar agak ketinggalan berbanding negara-negara lain. Setakat 2011, kadar pemilikan telefon bimbit di negara itu kurang daripada 6%. Industri tersebut bagaimanapun menampakkan kemajuan pesat susulan pelaksanaan dasar pembaharuan dan keterbukaan pada tahun yang sama, dan dengan sokongan daripada pengusaha syarikat telekomunikasi China.
Setakat 2017, kadar pemilikan telefon bimbit di Myanmar mencecah 90%, teknologi telekomunikasi juga melonjak ke tahap baharu.
Seiring dengan pembangunan 5G, Huawei menyediakan peralatan dan sokongan teknikal kepada operator telekom di seluruh dunia. Ini turut membantu mempopularkan penggunaan 5G.