Pesta Seni Tari Asia di Singapura

2019-07-31 14:34:01  CRI
Share with:

Pesta Seni Tari Asia ke-3 diadakan di Singapura pada 24 hingga 29 Julai.

Pemilihan bagi pesta itu bermula secara berperingkat sejak Februari di pelbagai bandar termasuk Beijing, Hangzhou, Suzhou, Chongqing, Shantou, Chengdu dan Zhengzhou.

Penari terpilih dari China bersama-sama artis Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Australia, Jepun berkumpul di Singapura untuk pertandingan akhir sempena pesta seni tari selama lima hari.

Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Singapura, Kang Kai menyatakan, pesta itu menyediakan satu platform kepada negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk saling belajar seni tari. Acara turut merancakkan interaksi budaya dan seni antara China dan Singapura.

胡星