AMM Tekankan Kerjasama, Perkongsian

2019-08-02 16:09:28  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-52 diadakan di Bangkok, ibu negara Thailand pada 31 Julai.

Pengumuman bersama AMM menekankan pentingnya negara-negara ASEAN memperkukuh kerjasama dan melonjakkan perkongsian demi mewujudkan pembangunan mampan blok itu dalam situasi serantau dan antarabangsa yang rumit lagi berubah-ubah.

Menurut pengumuman itu, para menteri luar telah berikrar untuk mempergiat kerjasama sesama negara ASEAN, serta dengan rakan kongsi dari luar rantau agar mewujudkan sebuah komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat, membangun bersama, berorientasikan masa depan dan menjadi teras rantau.

Pengumuman itu menyatakan sokongan kepada konsep multilateralisme dan pembangunan mampan, berserta komitmen untuk merapatkan jurang perbezaan pembangunan antara negara ASEAN.

覃淼