Mahu Naik Tarafkan Perkongsian Strategik

2019-08-02 16:32:07  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi di Bangkok semalam.

Beliau berkata, Thailand dan China telah sekian lama menjalinkan persahabatan. Kerajaan baharu Thailand akan mengekalkan dasar luarnya terhadap China dan komited membina hubungan yang lebih kukuh.

Katanya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan China memberikan manfaat kepada seluruh rantau bahkan dunia. Thailand bersedia untuk aktif terlibat dalam pembangunan inisiatif tersebut.

Thailand juga mahu menjayakan usaha sama membina landasan kereta api, serta mengalu-alukan pelaburan daripada syarikat China.

Wang Yi pula berkata, China ingin mengimport lebih banyak hasil pertanian dari Thailand dan menaiktarafkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

China menyokong Thailand, pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, menjalankan tugasnya dan menjayakan siri mesyuarat kerjasama Asia Timur yang sedang berlangsung di Bangkok ketika ini.

徐国玮