Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang berlaku di pesisir selatan wilayah Banten, Indonesia pada malam 2 Ogos telah mengakibatkan lima maut dan empat lagi cedera.
Pengawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Agus Wibowo memaklumkan sebanyak 223 bangunan kediaman dan 10 fasiliti awam rosak dalam gempa.
Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa, namun menarik balik amaran tersebut kira-kira dua jam kemudian.
Kebanyakan penduduk yang dipindahkan sudah kembali ke rumah masing-masing.
Pusat gempa di perairan 147 kilometer barat daya Banten pada kedalaman 48 kilometer.