China Bantu Bina Perpustakaan Sekolah di Jakarta

2019-08-21 14:46:27  CRI
Share with:

Perpustakaan Sekolah Rendah Al-Ikhwan di Jakarta, Indonesia yang dibina dengan bantuan Misi China ke ASEAN dibuka secara rasmi semalam.

Duta China ke ASEAN, Huang Xilian dan Pengerusi Persatuan Wanita ASEAN, Dhani Sarwono merasmikan perpustakaan tersebut. 

Sekolah Rendah Al-Ikhwan yang dibina pada 2011, menerima kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah. Sebelum ini, tiada perpustakaan yang sempurna di sekolah itu kerana kekurangan dana. 

Guru besar, Puan Dyah mengucapkan terima kasih atas bantuan Misi China ke ASEAN. Perpustakaan, buku dan bahan-bahan pembelajaran yang disumbangkan bukan sahaja memperkaya hidup murid-murid di luar bilik darjah, malah membantu meningkatkan taraf pelajaran di sekolah.

徐国玮