Rondaan Bersama Ke-85 di Sungai Mekong Selesai

2019-08-26 13:05:50  CRI
Share with:
Pasukan peronda bersama China, Laos, Myanmar dan Thailand menyelesaikan operasi rondaan kali ke-85 di Sungai Mekong.

Rondaan selama empat hari tiga malam melibatkan tujuh kapal dan lebih 140 penguat kuasa undang-undang yang menyusuri laluan perkapalan sepanjang 512 kilometer. 

Pemeriksaan turut dijalankan terhadap 17 kenderaan serta 1.35 tan kargo. 

Selepas operasi berakhir, sebuah kapal peronda China akan mengikuti latihan bersama di Laos yang memfokuskan kemahiran kepolisan, bantuan di kawasan perairan dan pengurusan keadaan cemas. 
张哲