China Lulus Perjanjian Ekstradisi dengan Vietnam

2019-08-27 13:11:45  CRI
Share with:

Badan legislatif tertinggi China meluluskan perjanjian ekstradisi dengan Vietnam semalam.

Perjanjian 22 fasal merangkumi obligasi, kesalahan yang memenuhi syarat ekstradisi, sebab-sebab yang membolehkan dan mengharuskan  ekstradisi ditolak, serta penyelesaian sengketa.  

Pasukan perunding China yang terdiri daripada pegawai dari pelbagai jabatan mula berunding dengan pihak Vietnam pada Oktober 2013. Kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian di Beijing pada 7 April 2015.

Perjanjian berkenaan kemudian diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada 22 Ogos tahun ini untuk dibahaskan pada sidang yang diadakan setiap dua bulan.

Kelulusan dokumen tersebut dipercayai akan membantu meningkatkan kerjasama dua negara dalam bidang kehakiman.
 

张弘