Jokowi Umum Pindah Ibu Negara

2019-08-27 13:14:46  CRI
Share with:

Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam mengumumkan secara rasmi bahawa ibu negara akan dipindahkan ke Kalimantan Timur.

Dalam satu taklimat media, beliau menyatakan kaji selidik selama tiga tahun mendapati Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara lokasi paling sesuai untuk menjadi ibu negara baharu kerana kedudukan geografi yang strategik dan kurang risiko berlakunya bencana alam.

Joko memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan tanah seluas 180 hektar untuk pembinaan ibu negara baharu. Pemindahan ibu negara dijangka menelan belanja 466 trilion rupiah atau 137 bilion ringgit.

Pelan berkenaan telah diserahkan kepada parlimen untuk dibahaskan.

张弘