Persahabatan China, Malaysia Kekal Abadi

2019-08-31 14:38:12  CRI
Share with:
Menteri Luar China, Wang Yi mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya, Datuk Saifuddin Abdullah sempena Hari Kebangsaan ke-62 Malaysia.

Wang menyatakan tahun ini genap 45 tahun Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik. Semasa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua pada April lalu, pemimpin kedua-dua negara telah merangka cetak biru pembangunan hubungan bilateral pada era baharu ini. 

Beliau menzahirkan kesediaan bersama-sama Datuk Saifuddin melaksanakan sepenuhnya konsensus antara pemimpin untuk menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang. 

Beliau menanti-nantikan pertemuan dengan Datuk Saifuddin di Beijing bulan depan.

Wang turut berharap semoga Malaysia terus makmur dan persabahatan China-Malaysia kekal abadi.
张弘