Hubungan China, Filipina Buka Lembaran Baharu

2019-09-02 14:21:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_wqs

China mahu memperhebat kerjasama dengan Filipina dalam bidang ekonomi, perdagangan dan infrastruktur, serta berkongsi pengalaman dalam penguatkuasaan undang-undang dan antirasuah.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden China, Wang Qishan semasa pertemuan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Foshan kelmarin.


Beliau berharap kedua-dua negara dapat membuka lembaran baharu menerusi lawatan Duterte ini, setelah hubungan bilateral berkembang sihat dan kerjasama pragmatik membuahkan hasil ketara pada tahun kebelakangan ini.

Duterte pula menyuarakan kesediaan Filipina untuk mempelajari pengalaman China dalam pentadbiran negara dan urusan politik, selain memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan serta mengintensifkan pertukaran sumber manusia.

高蕾