China, Malaysia Tingkat Interaksi Parti Politik

2019-09-03 16:29:07  CRI
Share with:
China bersedia meningkatkan interaksi dan kerjasama antara parti politik dan badan perundangan dengan Malaysia, dan bersama-sama melaksanakan persepakatan antara dua pemimpin.

Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wang Chen dalam pertemuan dengan Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Malaysia, Nga Kor Ming di Beijing hari ini.

Wang berkata, China mahu memperhebat persefahaman dan rasa saling percaya sembil merancakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), agar menyumbang kepada perkembangan sihat dan mampan hubungan bilateral.

Nga Kor Ming pula menyatakan, pihaknya berharap dapat memperkasakan interaksi antara satu sama lain, dan mempelajari pengalaman Parti Komunis China dalam urusan pentadbiran parti dan negara.

 

高蕾