Perjuangan Berkekalan, Penghormatan Paling Baik kepada Pahlawan

2019-09-29 15:06:16  CRI
Share with:
Dalam majis penyampaian Medal Republik Rakyat China dan gelaran kehormat negara yang diadakan hari ini, pemimpin tertinggi China, Presiden Xi Jinping telah menghadiahkan Medal Republik Rakyat China, Medal Persabahatan dan Medal Gelaran Kehormat kepada seramai 42 tokoh domestik dan sahabat asing. Dalam majlis tersebut, Presiden Xi telah menyampaikan ucapan demi memberi penghormatan yang setinggi-tingginya kepada mereka, dan menekankan bahawa kerajaan China menganugerahi pahlawan dan teladan dengan pujian tertinggi memang adalah untuk menggalakkan watak yang setia, konsisten dan jujur yang dipaparkan mereka sekali gus mencerminkan rasa hormat dan kagum terhadap semangat pahlawan.

Yang menjadi fokus dalam laporan media luar adalah enam sahabat asing yang memperoleh Medal Persahabatan, medal kehormat tertinggi China kepada warga asing. Mereka masing-masing datang dari Kuba, Thailand, Tanzania, Rusia, Perancis dan Kanada, antaranya termasuk Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn. Enam pemanang tersebut telah memberi sumbangan yang luar biasa dalam pembangunan modenisasi China dan penggalakan pertukaran dan kerjasama antara China dengan luar.

Presiden Xi menyatakan rakyat China bersedia bersama-sama dengan rakyat pelbagai negara mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

图片默认标题_fororder_acbba9fde39046089e31a55a153ff45c

曹捷