Presiden China, Xi Jinping bersama-sama para pemimpin parti dan negara serta wakil pelbagai lapisan masyarakat menghadiri upacara meletakkan bakul bunga di Tugu Peringatan Pahlawan di Lapangan Tian'anmen, Beijing pagi tadi.
Pelepasan kastam antara Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dengan Tanah Besar China dipulihkan secara menyeluruh tanpa sekatan jumlah penggembara dan membuat atur janji terlebih dahulu bermula 6 Feb.
Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Kepulauan Solomon baru-baru ini. Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata lebih ramai pegawai diplomat akan ditempatkan di rantau Pasifik, sementara projek dan sumber negara itu diselaraskan dengan keperluan masyarakat tempatan.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam pertemuan empat mata bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg, meluahkan hasratnya untuk menganggotai Majlis Atlantik Utara (NAC) dan mesyuarat Ketua Pertahanan NATO secara berkala.