Pemimpin Asing Ucap Tahniah Ulang Tahun PRC

2019-10-02 14:13:19  CRI
Share with:

Pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa mengutus surat tahniah kepada Presiden Xi Jinping sempena ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC).

Pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un dalam suratnya menyatakan sokongan kepada perjuangan China untuk memelihara kestabilan dan kepentingan teras negara serta mewujudkan pembangunan mampan.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata China memperoleh pencapaian yang mengagumkan dalam pembangunannya dan muncul sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia. Jepun bersedia membuka era baharu hubungan dengan China.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in juga menyuarakan hasrat untuk memperkasakan perkongsian strategik dan kerjasama dengan China ke arah lebih matang dan kukuh.

Raja Kemboja, Norodom Sihamoni bertitah bahawa China kekal aman sentosa dan stabil serta merealisasikan pembangunan negara dengan cukup pesat dalam masa 70 tahun lalu. Baginda turut memberi penghargaan terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan saranan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Presiden Singapura, Halimah Yacob pula menyatakan China telah mengalami perubahan besar dalam tempoh tujuh dekad, mengatasi banyak rintangan, membolehkan ekonomi tumbuh pesat dan hidup rakyat bertambah baik. Pembangunan China bukan sahaja menguntungkan rakyat sendiri, malah seluruh rantau dan dunia. 

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata selaku anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, Perancis dan China memikul tanggungjawab yang istimewa terhadap masyarakat manusia. Beliau berharap kedua-dua negara dapat melonjakkan kerjasama dan bersama-sama mendinamikkan multilateralisme.

 

张哲