Filem 4K Sambutan Hari Kebangsaan

2019-10-03 11:13:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1534226603

Filem berdefinisi ultra tinggi 4K yang merakamkan majlis sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China dalam dialek Kantonis  akan ditayangkan di lebih 80 pawagam di Kawasan Teluk Besar pada cuti panjang hari kebangsaan ini.

Filem terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan Presiden CMG, Shen Haixiong, timbalan ketua pejabat perhubungan kerajaan pusat di Hong Kong, Yang Jian dan timbalan ketua Jabatan Pentadbiran Filem Negara, Li Guoqi dalam satu majlis di Beijing. 

Naib Presiden Televisyen Pusat China (CCTV) di bawah CMG, Sun Yusheng menyatakan suara latar dalam dialek Kantonis akan memudahkan penonton dari Guangdong, Hong Kong dan Makau memahami acara sambutan.

Pada 1 Oktober, penonton di 70 pawagam di seluruh negara berkesempatan mengikuti siaran langsung 4K sambutan tersebut.

张弘