Ucapan Xi Dapat Sahutan

2019-10-03 12:58:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_d44fda8c-33f0-4992-a5a1-91ac4eb1fbf8


Ucapan Presiden Xi Jinping pada majlis sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China mendapat sahutan tokoh akademik dari Pakistan.

Syed Hasan Javed dari Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) menyatakan majlis sambutan memperlihatkan pencapaian cemerlang China dalam 70 tahun. Impian China yang disebut dalam ucapan  Presiden Xi juga yang diidam-idamkan dunia.

Perbarisan tentera memaparkan kemajuan dalam pemodenan pertahanan, sementara perarakan rakyat mempertontonkan pencapaian dari segi sains dan teknologi, industri, pertanian dan pendidikan.

Katanya, pembangunan China signifikan bagi dunia. Impian China yang menjunjung kedamaian, pembangunan dan kerjasama saling bermanfaat, akan membawa kebaikan kepada semua. 

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membantu negara-negara terbabit merealisasikan impian masing-masing, begitulah juga koridor ekonomi yang akan membolehkan cita-cita Pakistan menjadi kenyataan.
 

张弘