China memainkan peranan penting dalam memelihara kedamaian sejagat, manakala pembangunannya penjana utama ekonomi global.
Dalam satu wawancara dengan Kumpulan Media China (CMG) semalam, pengerusi Persatuan Persahabatan Jepun-China, Okazaki Yutaka menyatakan semakin majunya China, semakin stabillah dunia.
Sebelum ini, beliau telah diundang menghadiri sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China di Beijing.
Katanya, penekanan terhadap pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam ucapan Presiden Xi Jinping mencerminkan aspirasi pemimpin China untuk memupuk persahabatan dengan semua negara tidak akan berubah.
Kehadiran pada majlis di Beijing membolehkan beliau merasai keyakinan rakyat China terhadap prospek pembangunan negara.