Pameran Pencapaian Pendidikan China Buka Tirai

2019-10-05 15:15:07  CRI
Share with:

Pameran gambar yang memaparkan pencapaian China dalam bidang pendidikan sepanjang 70 tahun membuka tirai di Capitol Piazza, Singapura semalam.

Majlis pembukaan diserikan dengan kehadiran Menteri Negara Kanan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Pendidikan Singapura, Chee Hong Tat, Duta Besar China, Hong Xiaoyong serta lebih 200 tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat.

Chee Hong Tat berkata, kemajuan pendidikan China dapat dilihat melalui gambar-gambar yang dipertontonkan. Kedua-dua negara diharap terus meningkatkan kerjasama melibatkan politik, ekonomi, perdagangan dan pendidikan pada masa depan, sekali gus melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi.

Hong Xiaoyong dalam ucapannya telah mengenang kembali perkembangan pendidikan China dalam 70 tahun lalu, hasil usaha gigih kerajaan dan rakyat. 

Sebanyak 70 keping gambar yang diambil dari 1949 hingga 2019 dipamerkan dalam acara selama tujuh hari itu.

Ini kali pertama China menganjurkan pameran foto berskala besar yang bertemakan pendidikan di Asia Tenggara.
 
 

张弘