Pasukan Pengurusan Tabung Kerjasama China-ASEAN (ACCF) ditubuhkan semalam.
Dalam satu majlis yang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian berkata ACCF yang dilancarkan pada 1997 merupakan tabung kerjasama serantau pertama antara China dengan negara-negara jiran. Tabung tersebut membantu mempergiat kerjasama dan interaksi yang merangkumi lebih 200 projek.
Pada tahun lepas, China mengumumkan penyuntikan modal baharu yang bernilai besar untuk ACCF.
Penubuhan pasukan berkenaan bertujuan meningkatkan keefisienan tabung tersebut melalui pengurusan secara lebih saintifik dan profesional, bagi memangkin kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.