Bengkel Amaran Awal Tsunami, Gempa

2019-10-22 11:27:35  CRI
Share with:


Bengkel latihan antarabangsa mengenai amaran awal dan pemantauan tsunami dan gempa bumi di Laut China Selatan diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang semalam. 

Kursus anjuran bersama Suruhanjaya Oseanografi Antara Kerajaan (IOC) UNESCO dan Pusat Ramalan Persekitaran Marin China, bertujuan meningkatkan keupayaan sejajar perkongsian data dalam bidang berkenaan.

Lebih 30 pelatih dari China, Malaysia, Filipina, Vietnam dan negara-negara lain hadir ke bengkel profesional yang dijadualkan berlangsung selama lima hari ini.

Dr. Bernardo Aliaga dari Sekreteriat IOC menyatakan kini perkongsian data tentang paras air dan aktiviti seismos di Laut China Selatan tidak mencukupi. Bengkel kali ini diadakan untuk menggalakkan perkongsian data tersebut, supaya pusat amaran awal tsunami Laut China Selatan yang akan dibuka secara rasmi pada 5 November dapat beroperasi dengan lebih berkesan.

张宪