Thailand Bersedia Hos Sidang Kemuncak ASEAN ke-35

2019-10-27 15:40:54  CRI
Share with:

Pengerusi ASEAN, Thailand bersedia untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan 2019 dari 2 hingga 4 Nov di Bangkok.

Jurucakap Kerajaan, Narumon Pinyosinwat kelmarin berkata, semua perhatian tertumpu kepada Thailand kerana negara itu akan menjadi hos sidang kemuncak di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT di Nonthaburi, barat laut Bangkok.

Narumon berkata kesemua 10 pemimpin serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde akan menghadiri sidang kemuncak itu di sini.

Sidang kemuncak dwitahunan itu akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan tiga tonggak ASEAN, termasuk Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

Para pemimpin akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35  dan majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. Selain itu, para pemimpin juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ketiga(RCEP) dan Forum Perniagaan Indo-Pasifik kedua.

---Sumber dari Bernama

胡星