Nilai Baht Diunjur Naik Lagi

2019-10-28 14:38:41  CRI
Share with:

Nilai matawang baht Thailand telah naik 7.6% pada tahun ini. 

Baru-baru ini, kadar pertukaran baht melebihi paras 30.30 berbanding 1 dolar Amerika dengan kenaikan yang paling cepat dalam tempoh enam tahun. 

Pakar dari Pusat Penyelidikan Kasikorn menyatakan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan nilai baht terus meningkat.

Pertama, jumlah aset dan pelaburan asing di Thailand terus bertambah sejak September 2014. 

Kedua, pertumbuhan ekonomi sejagat yang diunjur menjadi perlahan pada tahun depan, bakal mengundang lebih banyak modal asing masuk ke Thailand. 

Faktor ketiga, agensi penarafan kredit antarabangsa termasuk Moody's dan Fitch Ratings kemungkinan menaikkan taraf kredit Thailand daripada BBB+ kepada A- dalam tempoh 12 bulan akan datang.

徐国玮