Kem Belia China-ASEAN Berakhir

2019-10-30 14:58:57  CRI
Share with:

Kem Belia China-ASEAN ke-11 yang juga Sidang Kemuncak Belia China-ASEAN ke-4 yang berlangsung selama tujuh hari melabuhkan tirai di Beijing semalam.

Lebih 100 pemuda dari China dan negara-negara ASEAN berkongsi pengalaman masing-masing dari segi akademik, budaya dan teori.

Deklarasi Belia yang disusun bersama para peserta membuat saranan dalam lima aspek kerjasama termasuk keselamatan serantau, ekonomi dan perdagangan, inovasi sains dan teknologi, dan sumber alam.

Pada majlis penutup, Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Chen Dehai melahirkan harapan agar semua pihak terlibat mempergiat pertukaran dan kerjasama praktikal serta merancakkan interaksi golongan muda, sebagai sumbangan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

覃淼