Tangani Perbezaan Pendapat dengan Baik

2019-10-30 14:32:58  CRI
Share with:

Mesyuarat kelima mekanisme rundingan bilateral China dan Filipina tentang isu Laut China Selatan diadakan di Beijing Isnin lalu. 

Delegasi kedua-dua negara telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi keseluruhan perairan berkenaan dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama secara ikhlas dan ramah.

Selain mengulas kemajuan semasa, kedua-dua pihak juga berikrar untuk mengendalikan perbezaan pendapat dengan sikap yang positif dan membina serta meneroka kerjasama maritim yang pragmatik bagi meningkatkan rasa percaya dan yakin antara satu sama lain.

Kedua-dua pihak menegaskan lagi peri pentingnya pelaksanaan menyeluruh Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, dan berpuas hati dengan perkembangan dalam perbincangan tentang Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

徐国玮