AS Batal Layanan GSP terhadap Thailand

2019-11-01 13:13:29  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) membatalkan layanan sistem keutamaan am (GSP) terhadap lebih 500 jenis produk Thailand, berkuat kuasa pada April 2020.

Ini akan menyebabkan pendapatan sektor pengeksportan Thailand menguncup lebih 40 billion baht (5.5 bilion ringgit).

Pihak AS mendakwa, tindakan itu bagi "menghukum" Thailand atas kegagalannya mematuhi standard antarabangsa berhubung perlindungan hak buruh.

Sebagai respons, Menteri Buruh Thailand, Chatumongol Sonakul menegaskan pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan tidak munasabah yang dibuat AS.

Katanya, undang-undang buruh Thailand menyediakan perlindungan yang selaras dengan standard antarabangsa bagi semua pekerja baik tempatan atau asing. Dasar-dasar yang diamalkan Kementerian Buruh adalah berasaskan undang-undang domestik yang mesti sesuai dengan keadaan sebenar negara. 

Perdana Menteri Prayut Chan-ocha baru-baru ini menyatakan dirinya tidak berasa terlalu bimbang, kerana jumlah eksport yang diberi layanan GSP tidak begitu besar dan kesannya terhadap ekonomi negara agak terhad.

Katanya lagi, masih ada enam bulan untuk merundingkan perkara ini dengan pihak AS.

胡星