Sidang Kemuncak ASEAN Dirasmikan

2019-11-02 15:27:46  CRI
Share with:

Sidang kemuncak ASEAN ke-35 dan siri sidang kemuncak kerjasama Asia Timur dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Muang Thongthani, Nontaburi Thailand pada 2 hingga 4 November ini. Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri siri sidang kemuncak tersebut serta mengadakan lawatan rasmi ke Thailand. 

Pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN dan lapan negara rakan ASEAN akan menyertai sidang tersebut.

Li Keqiang akan menghadiri sidang kemuncak ASEAN-China (10+1), sidang kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), sidang kemuncak Asia Timur serta sidang kemuncak ke-3 Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (RCEP).

Pameran perdagangan akan turut diadakan sempena siri persidangan kali ini. Tiga tema utama ialah ASEAN digital ke arah masa depan, peningkatan kesalinghubungan serantau dan ASEAN yang berkembang mampan.
 

徐国玮