Li Mulakan Lawatan ke Thailand

2019-11-03 14:28:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125185465_15727129726831n

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Bangkok malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-22, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-22, dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-14, disusuli lawatan rasmi ke Thailand.

Li menyatakan kerjasama ialah trend sezaman ketika menghadapi tekanan ke bawah kian meningkat dan faktor ketidaktentuan bertambah banyak. China menanti-nantikan siri persidangan kali ini memfokuskan kerjasama pragmatik, multilateralisme, perdagangan bebas, rundingan dan dialog, selain memelihara keamanan dan ketenteraman serantau, menyokong negara serantau membangunan ekonomi, menambahbaik kesejahteraan hidup rakyat, mewujudkan integrasi ekonomi serantau yang bertaraf lebih tinggi hingga menggalakkan hasil lebih cemerlang tercapai di Asia Timur.

Beliau menekankan bahawa China dan Thailand ialah jiran bersahabat. Kedua-dua negara ini mengekalkan hubungan sihat dan mampan. Beliau berharap agar lawatan kali ini dapat memperkasakan persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan demi melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Thailand ke satu tahap lebih tinggi.
 

覃淼