Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jurin Laksanawisit mengetuai rombongan ke Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 di Shanghai untuk mempromosi produk istimewa negaranya.
Sebelum berangkat ke Shanghai, Jurin yang juga menteri perdagangan berkata beliau menggalas tugas sebagai "jurujual" bagi membolehkan lebih banyak produk berkualiti Thailand memasuki pasaran China.
Dalam tempoh ekspo, pihaknya telah berbincang dengan subsidiari Kumpulan Alibaba, Hema untuk meluaskan saluran jualan buah-buahan dan produk segar lain melalui model e-dagang yang sudah pun matang.
Kementerian Perdagangan Thailand aktif membina platform pemasaran di seberang laut untuk syarikat kecil dan sederhana (PKS).
Thailand dilaporkan merancang membuka kedai rasmi di Tmall, sebuah platform beli-belah dalam talian yang juga dikendalikan Alibaba. Lebih 100 syarikat Thailand dijangka akan berurus niaga melalui saluran tersebut.