CIIE Papar Daya Tarikan Pasaran China

2019-11-10 15:39:43  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dijadikan wadah untuk peserta dari seluruh dunia mempamerkan produk yang terbaharu, terbaik dan paling berdaya saing, dengan harapan dapat lebih bertapak di pasaran China.  

Ini memperlihatkan daya tarikan pasaran China dari empat aspek iaitu permintaan tinggi yang dibawa oleh penaiktarafan penggunaan 1.4 bilion penduduk; fasiliti lengkap khususnya infrastruktur dan sistem logistik; iklim perniagaan yang makin optimum; sumber inovasi yang kaya bagi memacu pembangunan berkualiti.

Yang dialu-alukan tetamu dari serata dunia, yang dikehendaki faedah untuk semua. Penganjuran CIIE sejajar dengan aspirasi rakyat terhadap hidup lebih indah, juga inisiatif penting China untuk memperluas keterbukaan.

Menurut rancangan, jumlah import komoditi dan perkhidmatan China masing-masing akan melebihi USD30 trilion dan USD10 trilion dalam 15 tahun akan datang. 

Pasaran China yang semakin terbuka dan inovatif akan membawa lebih banyak faedah dan peluang kepada dunia, sekali gus menyuntik penjana kuat kepada pertumbuhan ekonomi sejagat. 

 

张弘