Bengkel Bahasa Mandarin Anjuran NLA Thailand Dibuka

2019-11-15 14:59:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_2 议员们排队签到准备上第一堂中文课

图片默认标题_fororder_3 泰国农业大学孔子学院中方院长高慧敏为学员们纠正发音


“Bengkel Bahasa Mandarin Dewan Legislatif Nasional Thailand (NLA)” anjuran bersama NLA dan Institut Confucius Universiti Pertanian Thailand telah diadakan pada 13 November lalu. Presiden NLA Thailand, Pornpetch Wichitcholchai menyatakan ahli NLA yang mengikuti bengkel itu diatur mempelajari bahasa Mandarin, kesenian dan kebudayaan China. Ini dilihat akan membantu mempererat hubungan persahabatan Thailand-China dan memberi manfaat bagi kerjasama berterusan kedua-dua pihak pada masa akan datang. 

Duta Besar China di Thailand, Lyu Jian pula berkata, ahli NLA Thailand diatur mempelajari bahasa Mandarin dipercayai akan mendorong kedua-dua negara menjalankan kerjasama selanjutnya di peringkat parlimen, membantu pemimpin kedua-dua negara meningkatkan persefahaman, dan mendorong interaksi serta persahabatan rakyat China dan Thailand.

张宪