Ekspo Sutera Thai 2019 dan Pameran Kebudayaan Pakaian "Jalan Sutera Thai ke Dunia" diadakan di Bangkok pada 18 hingga 23 November bagi menyebarkan kebudayaan pakaian Thai ke serata dunia.
Ekspo yang berskala paling besar dalam sejarah itu turut mengundang pereka fesyen dari 45 negara untuk menghasilkan pakaian pelbagai corak dengan menggunakan bahan sutera Thai sepanjang lebih 3,000 meter yang ditawarkan pihak penganjur.
Difahamkan, Duta-Duta Besar ke Thailand dan para isteri dari lebih 30 negara akan turut menyertai peragaan fesyen dengan memakai pakaian yang khusus direka untuk mereka pada malam 23 November ini.