Kegiatan AS di Laut China Selatan Punca Ketegangan

2019-11-20 11:09:20  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam kenyifatkan kegiatan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan sebagai punca ketegangan situasi serantau dan hasutan AS terhadap hubungan pelbagai negara serantau ialah ancaman kepada kedamaian serta kestabilan di perairan tersebut.

Geng berkata demikian ketika membidas dakwaan Setiausaha Pertahanan AS, Mark T. Esper sempena Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang menyebut China sebagai ancaman negara-negara terlibat.

Tegas beliau, dengan usaha bersama China dan pelbagai negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan kini stabil dan kebebasan pelayaran di kawasan perairan tersebut juga tidak menghadapi sebarang masalah. China bersedia untuk bersama-sama negara ASEAN dalam mengetepikan sebarang gangguan dan berusaha ke arah menggalakkan rundingan secara adil mengikut jadual. 

China dan negara-negara ASEAN mempunyai keyakinan, kebijaksanaan dan kemampuan untuk membangunkan Laut China Selatan sebagai laut yang damai, persahabatan serta kerjasama demi memelihara kedamaian, kestabilan dan keamanan serantau.

张弘