Korea Selatan, ASEAN Maju Bersama

2019-11-26 13:25:28  CRI
Share with:

Sidang kemuncak khas antara Korea Selatan dan ASEAN dirasmikan di Busan semalam.

Acara dua hari didahului dengan sidang kemuncak pemimpin perniagaan yang membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang pelan kerjasama yang saling untung.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam ucaptama berkata, hubungan negaranya dengan ASEAN menyaksikan perkembangan pesat hingga menjadi komuniti yang maju bersama-sama. ASEAN sudah muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi Korea Selatan selepas China.

Beliau turut mengemukakan hala tuju kerjasama dalam tiga aspek iaitu kerjasama inklusif yang mengutamakan rakyat, kerjasama yang menyasarkan kemakmuran bersama dan pembangunan inovatif, serta yang bertujuan memperkukuh koordinasi dan interaksi.

Dalam forum inovasi budaya seterusnya, Moon menyifatkan forum tersebut wadah kerjasama untuk meneroka pasaran budaya global, di samping meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara generasi akan datang. 
 

张哲