UMS Rasmikan Institut Konfusius

2019-12-13 14:57:00  CRI
Share with:

Institut Konfusius Universiti Malaysia Sabah (UMS) dirasmikan pada 12 Disember lalu, sekali gus mencatat yang keempat di Malaysia.

Ketika berucap pada upacara perasmian, Naib Canselor UMS, Taufiq Yap Yun Hin merakamkan terima kasih atas kerjasama Ibu Pejabat Institut Konfusius dan Universiti Sains dan Tekonologi Changsha (CSUST) dalam penubuhan Institut Konfusius di UMS.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana berjaya menewaskan pesaing yang lain bagi merebut peluang untuk penubuhan institut berkenaan.

Konsul Besar China ke Kota Kinabalu, Liang Caide berkata: “Kebudayaan China semakin menarik perhatian seiring dengan pembangunan China yang pesat, sementara penguasaan bahasa Mandarin dianggap boleh membawa peluang. Seperti satu lirik lagu yang berbunyi ‘Ungkapan Konfusius makin diantarabangsakan’. Institut Konfusius ini dipercayai akan menyediakan wadah penting yang membolehkan penduduk tempatan belajar bahasa Mandarin dan mendekati budaya China.”

Penolong Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Bin Mohamarin yang turut menghadiri upacara perasmian menasihatkan penduduk Sabah agar memanfaatkan Institut Konfusius itu untuk menguasasi bahasa Mandarin.

Menurut beliau, bahasa Mandarin sudah muncul sebagai bahasa global seperti bahasa Inggeris. Adalah amat penting untuk menguasai bahasa Mandarin dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, kebudayaan, penyelidikan sains dan politik antarabangsa.

Bahasa Mandarin menjadi semakin popular di Sabah. Aiman, seorang pemuda Melayu yang telah menamatkan pelajaran bahasa Mandarin selama empat tahun di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU). Sekarang, beliau ditugaskan sebagai pensyarah bahasa Mandarin bagi mengajar 180 mahasiswa di UMS.

Kata beliau, bukan senang untuk berkuliah kerana banyak kaedah mengajar perlu digunakan memandangkan terdapat perbezaan antara mahasiswa. Bahasa Mandarin sekarang sangat berguna dalam bidang kerjaya.

Canselor pihak China bagi Institut Konfusius UMS, Prof. Madya Deng Rong berkata, usaha penubuhan Institut Konfusius itu masih dijalankan bagi menyempurnakan lagi kemudahan dan buku teks. Pihaknya akan mengambil 300 hingga 500 mahasiswa tempatan pada penggal semester baharu tahun 2020.

Tambah beliau, selain menawarkan kursus pelajaran bahasa Mandarin, Institut Konfusius UMS juga akan bekerjasama dengan syarikat China dalam memupuk tenaga profesional teknikal. Di samping itu, kuliah bagi memperkenalkan budaya China juga akan ditawarkan seperti kaligrafi dan alat muzik tradisional.

 

 

张哲